Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Kelebihan Cloth Diapers



Tiada masalah ruam lampin dengan cloth diapers
Ramai orang merasakan lambat tukar diapers menyebabkan rashes. Tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diasposable diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar menyebabkan rashes. Tak percaya? Gunakanlah CD selama seminggu secara eksklusif. Walaupun anda malas menukar CD (dan biarkannya lenjun basah), tiada sebutir rashes pun yang akan timbul.


Tiada bahan kimia toksik dalam cloth diapers
Apakah yang terdapat di dalam disposable diapers anak kita?

Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skin diseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals
-Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals
Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome. Disposable diapers adalah antara penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini. Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran, back to nature.


Potty Training lebih cepat dengan cloth diapers
Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :) Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural bilamana sepatutnya bayi rasa basah apabila basah?



Tuesday, May 3, 2011

Apakah One-Sized Pocket Cloth Diapers (CD)?




1. Waterproof outer layer is made from PUL (Polyurethane laminate), breathable than disposal diapers - lapisan luar kalis air, tidak bocor, cepat kering bila dicuci

2. Inner layer of microfleece that keeps baby dry- lapisan dalam supaya kulit bayi kering dan selesa, mencegah ruam lampin, sangat lembut dan senang di cuci

3. Super absorbent 3 layers of Microfibre Inserts (soaker) - lapisan tengah serap basahan, diletak dalam poket cloth diapers. 1 insert tahan 3-4 jam, 2 inserts tahan 6-7 jam

4. Terdapat muticolour samada plain @ printed. Kajian membuktikan warna yang terang akan memberi perasaan ceria dan harmoni pada bayi dan membantu perkembangan cognitif bayi terhadap persekitaran.

5. Available in snap button and velcro type adjust waistline

6. Fit baby weight 3kg to 15kg (approximately 3 years old before potty training)

7. Size S, M, L all in one size (please adjust the button according to the body size of baby)



Berapa banyak Cloth Diaper diperlukan?


Bergantung kepada kekerapan anda membuat cucian samada setiap hari, 2 hari sekali atau setiap 3 hari sekali dan juga bergantung umur bayi serta kekerapan bayi kencing @ poo-poo.

Ini adalah anggaran bilangan cloth diapers yang diperlukan untuk average sized baby dan cucian selang sehari:

Newborn to 4 months- 20-24 cloth diapers
Infant- (4 months to 12 months)- 15-20 cloth diapers
Toddler (12 months to potty training)- 10 to 15 cloth diapers

Sunday, May 1, 2011

Penjagaan Cloth Diaper


Sebaik sahaja anda menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ini adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Semakin banyak kali anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh mengelakkan kebocoran.

2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. Buang najis ke dalam toilet bowl, keluarkan insert...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Tolong jgn guna BERUS! Boleh juga rendam dulu CD yg kena najis terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.

3. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh/rosak.

4. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5. Jangan sesekali seterika CD/basuh guna air panas kerana ia boleh merosakkan lapisan PUL dan menyebabkan CD bocor. Wash temperature: under 30 degree celsius (less than 86 degree Fahrenheit)

6. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan laundry bag/net supaya CD tahan lebih lama. Net ini blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store, Giant...ada pelbagai saiz...pilih ikut kesesuaian.

7. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan CD bocor dan mudah rosak.

8. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, campurkan sedikit ( 1 sudu besar) soda bicarbonate @ sedikit cecair pencuci pinggan 'sunlight' @ dettol semasa sesi basuhan kemudian dibilas dgn air yg bersih.

9. Sebulan sekali @ bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' wash untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun/minyak yg terkumpul, dgn air suam @ dgn cecair pencuci pinggan "Sunlight'@ dettol, kemudian dibilas dgn sebersih2nya. Ia juga untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di CD. Keadaan ini boleh menyebabkan CD rosak.

10. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama CD kerana ia mungkin menyebabkan kebocoran kerana menghalang lapisan dalam CD menyerap basahan ( lapik CD dengan nappy liner jika ingin menggunakan krim tersebut).

11. Pastikan stok CD mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai CD dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila CD yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dan “wear and tear”.

12. Pilih CD jenis 'Snap button' berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcronya cepat “haus”. Secara umum, CD snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.

Penjimatan Cloth Diaper Berbanding Disposable Diaper


Jika guna Disposable diapers:

anggaran RM0.60/pcs , guna 6pcs sehari

RM0.60 x 6pcs = RM3.6 sehari
RM3.6 x 365 hari = RM1314 setahun
RM1314 x 3 tahun = RM3942 untuk 3 tahun

Jika guna Cloth diapers:
anggaran RM26/pcs, guna 6pcs sehari
*bilangan minimum CD untuk seorng anak 10-15pcs ( bergantung kekerapan penggunaan/basuhan CD)

RM26 x 15pcs = RM390 (Jimat RM3500+)
Boleh digunakan selama 2-3 tahun dan untuk anak seterusnya

* Semakin banyak bilangan CD, semakin panjang jangka hayat CD kerana kurang kekerapan basuhan/ penggunaan CD.

Kenapa Cloth Diaper Bocor?


1. Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash sekurang-kurangnya 3 kali (lebih banyak prewash, lebih baik)

2. Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Bila CD yang dipakaikan longgar, CD tidak akan rapat di bahagian pinggang/pangkal paha, jadi urine boleh 'terkeluar' melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan sampai terlalu ketat.

3. Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 3-4jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan sampai 6-7jam. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap basahan lagi, sebab tu la berlakunya kebocoran.

4. Anak anda jenis kencing banyak/heavy wetter.
Kalau baby jenis heavy wetter/kencing dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar @ dimana sekeping mikrofiber tidak cukup untuk menampung ‘hasil’nya, jadi kena letak 2 mikrofiber insert didalam bahagian poketnya.

5. Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih.

6. Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1-2 bulan sekali.

7. Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan. Jika pakai nappy cream, digalakkan guna nappy liner bagi mengelakkan terkena lapisan dalam cd.

8. Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang banyak mengeluarkan buih, mengandungi unsur pelembut/ada unsur enzyme/ minyak(organik) yg akan meninggalkan mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert.

Jadual Penggunaan Cloth Diaper