Sunday, May 1, 2011

Kenapa Cloth Diaper Bocor?


1. Ibu-ibu tidak buat Prewash sebelum guna / tidak cukup prewash sekurang-kurangnya 3 kali (lebih banyak prewash, lebih baik)

2. Cloth Diaper longgar atau saiz yang dipakaikan pada baby tidak sesuai. Bila CD yang dipakaikan longgar, CD tidak akan rapat di bahagian pinggang/pangkal paha, jadi urine boleh 'terkeluar' melalui ruang yg terbuka. Tapi jangan sampai terlalu ketat.

3. Pemakaian yang lama (lebih dari sepatutnya)/kapasiti yg sudah maksimum. Seelok-eloknya 1 insert (daytime usage) dipakaikan untuk 3-4jam while 2 insert (nighttime usage) boleh tahan sampai 6-7jam. Bila cd dipakaikan terlalu lama dan kapasiti dah mencapai tahap maksimum, insert dah tak dapat menyerap basahan lagi, sebab tu la berlakunya kebocoran.

4. Anak anda jenis kencing banyak/heavy wetter.
Kalau baby jenis heavy wetter/kencing dalam kuantiti yang banyak, perlu lebih kerap tukar @ dimana sekeping mikrofiber tidak cukup untuk menampung ‘hasil’nya, jadi kena letak 2 mikrofiber insert didalam bahagian poketnya.

5. Ada mendapan sabun pada insert/cloth diaper (masih ada sisa sabun pada cloth diaper). Ini boleh berlaku kerana semasa cucian, kuantiti sabun yang dimasukkan terlalu banyak (guna sabun 1/4 sahaja dari kuantiti yg dicadangkan untuk mencuci cd) atau tidak dibilas dengan bersih.

6. Tidak buat strip wash/ jarang buat strip wash. Strip wash perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1-2 bulan sekali.

7. Penggunaan nappy cream. ini kerana nappy cream mengandungi unsur minyak, minyak yang terkena pada lapisan dalam cd akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan. Jika pakai nappy cream, digalakkan guna nappy liner bagi mengelakkan terkena lapisan dalam cd.

8. Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang banyak mengeluarkan buih, mengandungi unsur pelembut/ada unsur enzyme/ minyak(organik) yg akan meninggalkan mendapan/ lapisan (built-in residue) pada Cloth Diaper dan insert.

0 comments:

Post a Comment